Dec 31, 2010

Kemenangan MALAYSIA..

Akhir nya masa yang ditunggu telah tiba. Dan segala jangkaan atau tekaan telah terjawab. Ternyata negara kita mampu mencapai kejayaan yang telah lama diimpikan sebelum ini. Kemunculan Skuad negara kita kali ini telah bangkit untuk menebus malu apabila di peringkat kumpulan AFF PIALA SUZUKI 2010 menentang pasukan yang sama iaitu INDONESIA dengan mata 1-5. Tahniah juga buat MOHD SAFEE SALI, NORSHARUL IDLAN TALAHA, MOHD ASHARUDIN, KHARUL FAHMI CHE MAT, KUNALAN, MUSLIM dan MOHD SAFIQ RAHIM kerana mereka adalah pemain-pemain yang telah menunjukkan kehebatan mereka menetang VIETNAM DAN INDONESIA. Kini MALAYSIA adalah JUARA BARU AFF PIALA SUZUKI 2010. Tahniah buat pasukan bola sepak MALAYSIA. Begitu bersungguh-sungguh semasa perlawanan. Jurulatih MALAYSIA, K. RAJAGOBAL menjerit keriangan dan berbangga dengan anak buah nya. pencapaian kali ini amat mengembirakan kerana skuad negara bermati-matian menentang pihak lawan... TAHNIAH sekali lagi buat MALAYSIA...MALAYSIA BOLEHHHHHH......!!!!



* Barisan Skuad Bola Sepak Negara..




* Aksi selepas menjaringkan gol. SAFEE SALI, KUNALAN dan AMIRUL



* Penjaga Gol MALAYSIA, KHAIRUL FAHMI CHE MAT...



* K. RAJAGOBAL menerima piala AFF SUZUKI 2010..



* Kemenangan MALAYSIA, kegembiraan MALAYSIA, kecemerlangan MALAYSIA, kesungguhan MALAYSIA...

Dec 7, 2010

cinta sufi..

Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. sebaik sahaja terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin bertemu dan mencari "lelaki bertanduk dua".

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam, Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

# Sebuah lagi karya Ramlee Awang Murshid. kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi dengan aksi pengembaraan dan pertempuran antara kebaikan dan kelabihan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.



* Kepada semua yang sudi membaca blog aku ni, dapatkan novel 'Cinta Sufi' dan hayati dengan penuh perasaan kerana ianya akan membuat anda semua seperti berada di situasi yang sama..

Nov 8, 2010

teringat kisah lama...

Saat aku memikirkan kegembiraan, aku terasa jiwa aku kosong kerana aku sentiasa memikirkan tentang masa lalu aku. Aku sedar, kini aku telah berumur 19 tahun, dan dah terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Tetapi mengapa aku tidak boleh mangubahnya kepada kebaikan. Hati ini teringin sekali untuk menjadi seorang yang penuh kaimanan di dada nya. Tetapi aku, aku kurang itu semua. Mak dengan abah aku telah beri aku didikan agama yang secukupnya, malahan aku juga seorang graduan darjah khas sekolah agama dahulu. Tetapi kenapa aku tidak mempraktikan apa yang telah diajar dulu kepada aku.

Aku terlalu mengejar dunia dan lupakan akhirat. Padahal, akhirat lebih penting daripada duniawi. Aku telalu mengejar kebebasan, kehartaan, kepuasan dan sebagainya. Masa muda ku hanyut dengan semua itu. Apa yang aku mahu pasti aku akan cuba untuk mengetahuinya. Tanpa memikirkan akibatnya kelak. Kini ternyata apa yang aku miliki semua itu dulu, sedikit demi sediki ianya hilang entah kemana. Ya.. mungkin ini lah yang dikata dunia ini hanya sementara. Dan semua yang kita miliki adalah hak kepunyaan YANG MAHA PENCIPTA.

Aku terlalu bebas untuk membuat keputusan. Tetapi setiap keputusan aku itu, bukan keputusan yang terbaik. Aku tidak berani untuk menanggung kesusahan, padahal, kesusahan itu lah mungkin membawa kebahagiaan untuk diri aku di masa akan datang.
Kenangan hanya tinggal kenangan. Mungkin itu sahaja yang patut aku ucapkan kepada masa lalu aku. Ada yang suka dan ada yang duka. Jika dulu aku memilih untuk senang dikemudian hari, aku akan dapat kesenangan itu sekarang dan mungkin masa akan datang. Tetapi dulu aku terlalu memikirkan kesenangan berbanding dengan kesusahan. Kesusahan sepatutnya aku fikirkan dulu, baru lah kesenangan. Ini tidak. Aku terlalu ikutkan perasaan aku sangat.. Mungkin benar apa orang kata, darah orang muda untuk mengecapi kebebasan sangat lah luas. Sangat lah tebal keinginannya. Kini aku menyedari erti kehidupan yang sebenarnya.

YA ALLAH, aku berlindung kepadaMU dan memohon ampun kepadaMU.. Berilah aku kekuatan untuk aku mengubah diri aku untuk kejalan yang ENGKAU redhai… KAU berilah petunjuk kepadaku YA ALLAH… sesungguhnya ENGKAU YANG MAHA PENGAMPUN lagi MAHA MENGASIHANI hambaMU…

Oct 30, 2010

pic lebih dari sorang...

hari ni oleh kerana aku dah abis jawab exam ctu 263, dan paper seterusnye minggu depan, apa kate aku update blog aku dengan beberapa keping gambar aku berdua.. x kesah lah berdue dengan member2 ke, dengan ehem3 ke...(ekekkee) ataupon dengan sape2 lah...

so jom tengok..!!!



# pic comel aku dengan shida...ske3..comei sangat aku ngan shida...eekkeke

next....



# ni pic aku dengan ecah..huhuh..time kelaz ctu r ni...ustazah kat depan crite, aku amik gambar..huhuhu...bgus..!!!

next....



# pic aku ngan bella...huhuh ni mase nk g kelas...huuhuh...sempat ag tu amik pic...sengal kn...?

next...



# pic aku ngan member baik aku...dura...rindu kamoooo cgt3...

next....



# ni pic aku ngan wan...huhuhu..nak tau x nme pnuh die...ek hemmm..!!! name die, WAN AZURA EERNEEDA BINTI WAN HUSIN...panjng kn...huh..!!aku amik mase sminggu nk igt nme pnuh die nie...ekekeke..yp die ni baik orang nyer...

next....



# ni plak pic aku ngn habsah...huh..!!habsah org yg sngt ceria lagi giler lagi kuat ketawe lagi kelakar dan ape lagi...hahahaha sume lah...aku ske kawan ngn die...

next...



# pic ngna mak aku...huhu mse kitorg g genting..lepas masuk kt ice..hahhaa..sejuk giler...kenangan manis lah ni kn...

next...



# ni pic ngn abah..mse tu kitorg g perlis..ni kt depan pintu masuh gue kelam...seronok nyer...!!!

next...



# ni ngan angah plak...huhuh..muke nk control macho...hahhaha

next....



# ni plak pic aku ngna abg AJ..actually ni abg fesi aku mase orientasi dulu..hahahha..hensem kan...ske4....

next....



# ni plak pic aku ngan member kelas aku...encem dak ni..kitorang pnggil die ni HERO KOREAN..hahahha....encem giler dak ni...die selalu ajar aku math ngna add math...huhuhu...

next....



# ni pic aku ngan skandal aku dulu...hehehhe...comei nyer....bkn skandal lah...kawan je nie...

next....



# nic pic ngan dr. love a.k.a dr fadhilah kamsah...ehehehe...pic ni sebnrnye 2 org ker..aku ngn dr.. tp si aizaat dak sebelah tu sibuk jerk..hahhahah

next.....



# seterusnya...pic ngan anas...ehehhee..comei nyer...ske4...ekekekke

next....



# pic aku ngan fiza...rindu nyer kakt ko fiza oiii...!!!

next...



# pic ngan hawa...nk ket mee tu leh x...huhuhuh

next....



# ni pic aku ngn aizzat...hahhaha..." meh jat aku conteng muke ko ngn cat nie..."
ekekkekeke...

cukup lah tu...len2 pic aku uplaod len kali lah yer..

Oct 26, 2010

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi. kadang-kadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya. Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali. Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA. Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI.

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita-cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas orang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

“Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kekesalan yang tak sudah.”

“cinta juga membawa keindahan bagi mereka yg mengalami nya”. Bukan hanya “keindahan cinta” yang dicari setiap insan….tetapi “erti cinta” yang sesungguhnya lah yang selalu didambakan oleh setiap insan.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan. Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari.

Jangan katakan selamat tinggal jika kita belum siap meninggalkannya. Jangan menyerah kerana cinta, perjuangkanlah, dan jagalah cintamu jika kamu menginginkannya karena jika kamu membiarkannya pergi bererti kamu tidak mencintainya sepenuh hati. Manusia yang pernah merasakan sakitnya cinta akan selalu menjaga cintanya. Kerana bagi mereka yang disakiti sangat mengerti bahawa cinta telah merubah hidupnya menjadi lebih bererti.





# CINTA yang sejati adalah sesuatu yang kita sendiri dapat rasakan nya ketika kita BERTENTANG MATA denganya...

Oct 14, 2010

destiny...

What if I never knew
What if I never found you
I'd never have this feeling in my heart
How did this come to be
I don't know how you found me

But from the moment I saw you
Deep inside my heart I knew

Chorus:
Baby you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be my destiny

I wanted someone like you
Someone that I could hold on to
And give my love until the end of time
But forever was just a word
Something I'd only heard about

But now you're always there for me
When you say forever I believe

(chorus)

Maybe all we need is just a little faith
'Cause baby I believe that love will find the way

(instrumental bridge)

Baby you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as I far as I can see
From now until eternity
You were always meant to be my destiny

# sape yang suke lagu ni leh nyanyi same2 k...

Oct 7, 2010

bosan!!!!

lama gak lah aku xupdate blog nie..erm sejak2 teman setia aku ni rsak, sejak tu lah aku xonline, x update blog n x ape2 gi lah...erm memang agak kusut gak lah lau xde lptop nie...pe kje pun xjd...assgmnt kemane, fb aku kemane, erm sume xde dah..ni pon aku mase ket lah aku g cc...tu pun sbb semntare tggu bas aku gerak ke jb kul 5 ptg jp ag...huh..!!!

sori to all my fren yg nak bce blog aku ni...(hahha ade ke...?) lantak lah...
erm aku kekurangan idea lah nk taip...so c u next time..

aku nk g dating dulu...bubbye...!!!

Sep 18, 2010

raya...!!

syukur alhamdulillah tahun ini aku dapat menyambut perayaan lagi... tapi raya kali ni aku tak rasa macam raya pon...sebabnya...???ye lah...biasa nya setiap kali raya pertama, kitorang sekeluarga akan beraya bersama mak dan abah dulu sebelum pergi beraya rumah saudara mara... tapi raya tahun ni agak sunyi sikit sebab along tak bersama kitorang...dia beraya di rumah ibu mertua nya... nak buat macam mana, dah memang giliran mertua dia kan..huhuhu...

pada hari raya ni saat yang paling mendebarkan ialah saat nak beraya dengan mak dan abah. pertama, mak akan bermaafan dulu dengan abah, kedua biasanya along, ketiga angah, keempat uda dan akhir sekali adik...(aku lah tu...hehehe) masa nak mintak maaf tu aku punya lah nak tahan nangis kan...mula2 tu tahan lah gak..tapi bila mak dan abah mula nangis, aku pun apa lagi,,,berlinang air mata ni keluar.. aku dah dapat bayangkan dah kalau aku dah kawin nanti, mesti situasi ni akan berlaku juga...

seperti raya2 yang lepas. kitorang akan mengadakan BBQ...wahhh...!!!!banyak syok....wooww...!!! biasa nya menu nya semestinya ayam kan...tapi kali ni kitorang tambah lagi menu, ikan, dan udang... pagi tu mak punya lah geram sebab pergi pasar tapi barang takde...so kenalah cari ikan dengan udang tu merata tempat...balik je mak mengadu dengan pakcik2 dan makcik2 aku... bila mak dha marah, semua kene diam dan tak berani nak kata pape...hahahaa..aku dan abah gelakkan jerk...sebab dah tau dah perangai mak memang macam tu...hehehe...(sorry mak..!!!)

malam nak buat BBQ tu, ada lah pula sedara datng nak beraya.. nasib lah mak beli banyak.. so takde lah kempunan masing2 nak makan... kira malam tu dah ada 5 keluarga yang join kitorang punya BBQ ni...wah...!!memang best... harap2 tahun depan ada lagi rezeki nak buat macam ni...tak pun buat open house terus...lagi best...lagi ramai kot yang join...



setiap kali raya mesti ketupat digantung kat sini...senang sikit nak amik makan...hahahahaa...

# indahnya sungguh dihari raya, ramainya orang bersuka ria (2*), adikku manis, cantik
bergaya, bolehkah abang ikut bersama (2*)
usahlah abanag membuang waktu, mari menuju kerumah bonda (2*), sanak saudara sedang
menunggu dihari mulia bertemu mesra (2*)..


SELAMAT HARI RAYA kepada semua kawan aku....!!!jemput lah raya rumah aku...

Aug 27, 2010

berteman sepi...-erra fazira-

penaku menari mencoretkan
sebuah puisi kelukaan
gurindam jiwa
cinta dan air mata
di kamar hati ini
masih ada sembunyi
kenangan yang tak mampu
ku lemparkan jauh

penaku menari melakarkan
gambar kesayuan masa silam
tinta bersulam pilu
warna kerinduan
berkaca jernih ingatanku
biarpun dikau telah jauh
dari pandanganku

manis nya pertemuan
pahitnya perpisahan
segala kini tidak dapat
untukku bahasakan
semua kini kaku
tiada lagu merdu
setiap madah baris kata
bukannya lagi buatmu

kini berteman sepi
kini aku sendiri
suka dan duka
dalam meniti gelombang
kembara panjang

jauh melangkah pergi
tidak menoleh lagi
kenangan silamku
tinggal tertulis kini
dalam sebuah puisi

penaku menari membariskan
puisi sebuah pengalaman
gurindam jiwa dan air mata
di kamar sepi ini
titisan membasahi
dan aku tidak tahu
pada siapakah untukku luah rasa





Aug 19, 2010

sibuk me'download' lagu raya...

hahaha..baru seminggu puasa dah sibuk dah nak download lagu raya... semangat betol lah anak haji johari ni...hehhe...biar lah...aku punya suka lah kan...kah10...

senarai lagu raya yang dah abis download...:

sesuci lebaran
nazam lebaran
seminggu berhari raya
suara takbir
menjelang hari raya
puasa dan raya
selmat hari raya
selamat hari lebaran
cahay aidilfitri
suasana hari raya
kepulangan yang dinanti
selamat hari raya-ahmad jais
bila raya menjelma
bila takbir bergema
aidilfitri
suasan aidilfitri-sharifah aini
nostalgia aidiilfitri-sharifah aini
dendang perantau
seloka di hari raya
nikmat di hari raya
balik kampung
satu pagi di hari raya
sepasang kurung biru
lebaran ini
selamat berhari raya
suatu hari di hari raya
ku pohon restu ayah bonda
dari jauh ku pohong maaf
pulanglah
musafir di aidilfitri

# ada banyak lagi sebenarnya.. tapi nanti lah aku taip lagi...hehhe...

Aug 18, 2010

let's talk about friends again...!!!

setiap orang akan berubah nasib nya bila dia melangkah ke satu tahap untuk meneruskan perjuangan nya apabila tamat pengajian di sekolah menengah. dan akan meninggalkan kenangan semasa kat sekolah dulu. kenangan bersama kawan-kawan. cikgu-cikgu dan lain-lain... hahhaha.. ayat tak leh balh kan...skema tau ayat tu..

bila dah masuk tempat belajar baru ni mesti lah ada pengalaman baru kan...kawan-kawan baru, kenangan baru, cikgu-cikgu baru...ops..!!!salah pulak.. sekarang ni panggil pensyarah ok...bukan cikgu lagi...hahahha...

sebut kawan baru, aku dah dapat ramai kawan kat sini. terutama kawan aku yang satu rumah. semua sekali ada 9 orang. memang semak lah dalam satu rumah flat ada 10 orang duduk dalam tu.. dengan keadaan yang tak berapa nak selesa.. tapi tak pe lah..aku pun dah duduk luar, dah tak duduk hostel lagi... so aku dan kawan terlepas lah daripada seksaan duduk dalam flat tu...hehhee..yang tinggal dalam rumah tu kawan aku yang lain course nye dengan aku..



# dari tepi SOFIHARIANA YUSOFF, NOOR AZURA ABU KASSIM, NURUL ASIQIN ZAINAL ABIDIN, aku, AMYLEZA ABDULLAH, NOOR AZIAN ZAINAL ABIDIN, NORSHAHRIDAH ABD RAHMAN, baris depan MIRA ADINA KHALID, NURHIDAYAH NOORDIN, NURUL NAJWATULAILI ALI..

aku dengan shida je course lain... yang lain semua nya nursing. hahaha..sesat kan kitorang ni.. tapi happening juga dak rumah aku yang nie... semua nya gila-gila. hahhaha.. mengong pun ada gak...hehehe...

aku nak citer pasal kawan aku yang paling rapat dengan aku kat sini.. dia tak lain dan tak bukan, NORSHAHRIDAH ABD RAHMAN... dia adalah the best friend yang aku ada kat sini. ni lah orang nya....



kitorang memang rapat sejak kelas baru nak mula. hahha...kitorang ni memang minat sangat, sangat, sangat, sangat dan sangat dengan citer HINDUSTAN, hahahhaha...kalau cite pasal hindustan ni memang tak pernah abis...tanya je lah dekat pasal citer hindustan, semua dia tahu... tapi ada satu je yang tak sama. dia ni penyokong kuat CHELSEA. aku pula penyokong kuat MANCHESTER UNITED. kalau bola kitorang memang macam musuh.. hahhaha... tapi lepas tu baik semula...hehehhe...

sejak dah pindah rumah baru ni, kawan serumah pun baru juga. tapi takde lah baru sangat, diorang pun kawna sekelas kau juga. hehehe...cuma aku baru duduk serumah dengan diorang...ok gak lah dorang ni...



next time lah aku sambung lagi...agak mengantuk ea bila nak menaip malam ini...hehhehe

ok daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....wasalam...

Aug 16, 2010

sahabat...sahabat...sahabat..sahabat..

kita semua mesti perlukan kawan..kalau takde kawan baik takyah hidup kan..???aku ada ramai kawan. yang muda, yang tua semua ada... kata orang, kawan biar beribu, bercinta biar satu... tapi aku pelik, ada manusia kawan biar satu, bercinta biar beribu... camne tu...??dia lagi suke hilang kawan daripada hilang kekasih kot..??singkat betul pemikiran orang yang macam tu.. kalau semua manusia macam tu nak jadi ape kita kat dunia nie...???

# agak serius juga ayat kat atas tu...hahhahaa...sebenar nya aku cuma nak promote kawan aku jerk...hahhaa..aku nak kenal kan kawan aku dekat korang semua dari kawan aku dulu sampai lah kawan aku yang sekarang ni...

yang ni kawan aku yang rapat dengan adri kecil sampai sekarang...dia lah orang yang selalu jadi teman main aku, teman sedih aku, teman gaduh aku, teman skandal aku...hehhee...skandal...????(bahaya statement tu..)...nama budak ni SITI NURUL AQMAR MOHD ISMAIL...



# haha..muncung memang tak boleh tahan budak ni...tapi dia ni memang cantik.. sape yang tengok die mesti terpikat lah..untung lah sape yang dapat jadi boyfriend die..hahaha...

aku ada sorang lagi kawan yang rapat juga dengan aku masa aku kecil sampai aku form 5..ni lah orang nya...



# nama dia NURUL SHAFEZA MOHD RASHID...

mesti pelik kan.. kenapa aku kate dia kawan rapat aku sampai aku form 5 jerk... sebab nya, lepas SPM, dia terus menghilangkan diri daripada kitorang.. aku sedih sangat masa die menghilang kan diri. kitorang bertiga ni memang rapat sangat-sangat. tidur bersama, makan bersama, ada masalah kongsi bersama, gembira bersama, semua nya bersama... tapi tak tahu kenapa tiba-tiba dia menghilang kan diri oleh kerana timbul perselisihan faham antara kita 3 orang.. sebenar nya boleh selesai masalah tu, tapi oleh kerana die menghilang kan diri, so kita tak dapat nak selesai kan dan akhirnya berpisah macam tu jerk...



# ini adalah kenangan feza dan amai..aku?????
(aku xde dalam pic ni sebab aku yang snap, so memang patot aku xde..hehehe)

itu cerita aku dengan kawan aku yang satu kampung...erm sekarang nak citer pasal kawan aku yang rapat kat sekolah...dekat sekolah aku ada gr0up aku sendiri.. tapi gr0up aku ni memang xde nama. sesuka hati jerk kalau nak panggil kitorang..hahahah

yang sorang ni nama dia NUR IDURA AZMAN... budak ni pandai.. dia lah yang paling pandai dalam gr0up kitorang ni..cantik pun ia, comel, putih dan lain-lain...hahaha



comel kan... budak ni dulu pengawas dekat sekolah.. aku rapat dengan sejak form 1 lagi. kalua dulu dekat sekolah rendah tak rapat sebab kitoranng tak tinggal dekat kawasan yang sama. so tak rapat lah...idura sekarang belajar dekat UiTM Segamat dalam bidang Diploma Perakaunan.

tapi sekarang ni aku kesian tengok dia. tahun ni adalah tahun yang amat perit untuk dia dan keluarga dia kerana mereka kehilangan insan yang sangat bermakna.. idura kehilang ibu tercinta.(aku lupa tarikh nya bila).. aku turut merasa kehilang sebab aku dengan keluarga nya sangat rapat.. idura sekarang lebih mendiam kan diri dan termenung merenung kenangan dia bersama ibu tercinta... idura mengambil masa terlalu lama untuk menguatkan diri nya untuk menerima takdir ini.

## dikesempatan ini, mari lah sama-sama kita sedekah kan Al-Fatihah kepada ibu nya dan saudara mara kita yang telah meniggalkan kita...
Al-Fatihah.....
amin....
semoga roh nya dicucuri rahmat...

ok... selain idura, seorang lagi ahli gr0up aku, nama dia SITI HAWA ZAINAL. budak ni agak warak sikit..hehehhe...tapi sempoi.. takde lah terlampau sangat ke'warak'an nya...hehehe..(sori awe...)hawa pula belajar dekat UPM dalam bidang Pertanian..(kalua tak silap aku lah...heheh..lupe lah..)



# hawa ni agak manis juga orang nya.. ramai juga orang yang suka dekat dia.. dia dengan idura memang sama-sama pandai.. dia ni pon agak control comel gak lah kalau dengan kitorang...hahahahha..

yang ni pula sorang lagi ahli gr0up aku...hehehe



nama dia SARINA MADARASAH... sarina ni orang nya suke sangat bercakap.. kalau dia dah mula bercerita, memang susah nak suruh die barhenti. hahahaha...kalau dia takde, memang senyap sunyi gr0up kitorang.. oleh kerana dia ni suka sangat bercakap, kitorang sampai lantik die sebagai pencerita untuk kitorang bergosip..hahaha.. apa-apa hal dia lah yang mula cerita dulu.. kitorang semua senyap jerk dengar..hahaha.. sarina pula dia sekarang ni melanjutkan pelajaran die ke form 6.. dia sorang jerk yang masih sayang kan sekolah..hahahahah...

selain sarina, ada sorang lagi ahli gr0up aku yang aku belum kenal kan dengan korang lagi. taaaadddaaaaaaaaaaaaaa...!!!



hehehe...nama dia SITI ZURAIDAH HANIFAH.. dia ni pun sangat..sangat...sangat lah suke bercerita.. sama lah dengan sarina.. dorang pun agak rapat juga antara kita 6 orang nie...hahaha..siti ni pula ada nama glamor dia.. kitorang panggil dia BEDAH...hahaha..sesuai kan nama tu...kih10...(jangan marah siti..) siti pula lepas habis form 5 dia terus pindah ke johor bahru untuk menjaga saudara nya yang sakit... agak lama juga lah kitorang terpisah.. dan akhirnya dapat berita yang dia dah kerja di sebuah kilang eletronik dekat johor. dalam ramai-ramai kawan kitorang, dia seorang saja yang dah kerja dah dah ada pendapatan sendiri... hahaha.. ape lagi...ada peluang nak ketuk die ni...hahha...

aku rindu sangat masa zaman sekolah dulu.. banyak kenangan kitorang dulu.. tapi sekarang semua nya dah takde.. seorang demi seorang membawa diri tu jauh dari kitorang.. antara detik-detik terindah kitorang.......



# masa GRADUASI TINGKATAN 5 SMK DATO' HAJI HASSAN YUNOS...



# masa beraya rumah USTAZAH ROHANI...



# masa tunggu CIKGU SALLEH dekat bilik masakan...



# masa SAMBUTAN HARI GURU terakhir dekat sekolah...yang tengah tu MADAM FARA, yang tepi tu MADAM HAEZA...miss u all so much....!!



# lepas majlis graduasi dengan madam fara...



# congrates to all of u...miss this moment so much...!!



# masa sambut suprise besday party untuk aku...sayang kamu semua...!!!sedap kek tu....



# snap this picture with my lovely friends and USTAZAH SALBIAH...



# ehem3...tiba-tiba ada pula gambar kitorang bertiga...heheh..ni gambar masa budak-budak...agak tembam lah juga pipi aku mase ni...hahaha..really miss this momnet...!!!

Aug 10, 2010

Bulan Ramadhan...

11:52 pm

aku balik rumah kawan aku hari ni. huhu...!! memang perjalanan agak memenatkan juga lah...rasa macam pergi kl je...tapi best lah.. dapatlah aku tengok suasana malam dekat jb nie...huhuh...(jakun kn...)

esok dah mula puasa.. niat dalam hati ni nak solat terawih penuh tahun nie... tapi malam ni tak dapat sebab ikut kawan balik rumah dia.. so mungkin next time kot aku pegi terawih... hehhehe..

bulan puasa ni kene selalu beramal ibadah. kita mest merebut peluang di bulan ramadhna ni untuk mengiumpul sebanyak yag mungkin pahala dah mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda. jika dilepas ianya akan merugikan. sangat merugikan...

* kepada ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang mengenali diri aku, aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA...

Aug 5, 2010

confuse... nak balik ke tak???

kenapa aku rasa macam nak balik rumah je... tapi minggu lepas baru je balik rumah.. tak kan minggu ni nak balik jugak. erm tapi perasaan nak balik tu memang membuak-buak...kenapa ek...?? ngada-ngada ke...??? tapi tengok lah dulu, nanti telefon mak... kalau mak kata lehh balik, aku balik lah... kalau mak kata tak payah balik, so aku tak balik lah....

Jul 12, 2010

penat giler...

Jam menunjukkan pukul 3:06 p.m. Aku baru sedar.. Ingat tadi nak tidur kejap jek. Rupanya sampai pukul 3 lebih. kelas aku tak payah nak citer lah. confirm aku tak pergi lah kan. huhuhuu..(sorry miss).



# i'm here now....!!!

Nak cerita pasal trip aku semalam ke Genting Highland. huh..!! Memang syok giler... korang sumer memang mexti pergi. Itu lah pengalaman aku yang paling syok giler yang aku ada buat masa ni lah.. Tak tau pula di masa yang akan datang... heheheh..Tempat petama yang aku pergi ialah kedai makan dekat situ. Punya lah mahal.. Sarapan pagi sahaja dah RM68.30.. 3 orang.. peh...!! Memang mahal tahap apa lah kan...



Makanan yang kitorang ambil,2 1/5 pinggan nasi goreng-RM 4,2 cheese sousage-RM 6, 1/5 ekor ikan sardin-RM 5, teh o ice gelas kecil-RM 4, milo ice-RM 5, coffee o -RM 4,1/5 telur goreng-RM 1.50, nasi lemak telur-RM 7.90, 2 chicken nugget-RM 12



= RM 59.40 + tax-RM 2.97 + Sevice changes-RM 5.94
= RM 68.30

Memang tempat macam ini harga makanan macam tu ea...?? mak kata, "sekali sekala boleh lah, kalau selalu tokey jusco pun leh bankrupt.. hahahaha"

erm lepas itu kitorang terus masuk snow world. Niat kat hati memang nak main salji olok-olok..hehehehe..huh...!!!best giler.. suhu dalam tu -7c.. Boleh beku macam mayat idup dalam tu taw...hahahah... Tapi sayang nya, aku xdapat amik gambar guna phone. Dalam tu dah ada camera man.. so nanti-nanti lah aku scan gambar yang dia amik... hehehehe...

# nanti sambung lagi...aku penat nak menaip...heehe

Jul 11, 2010

trip to genting...

Bila subuh menjelma, aku terasa bagai berada di dalam peti ais yang di isi dengan ais batu yang sebanyak-banyak nya. hahhaa... Hari ini aku solat subuh di surau dekat bahagian bawah Genting Highland, best juga lah rasa nya sebab solat di tempat orang. Tapi nasib baik lah aku cepat pergi, kalau tidak, aku akan di hempit oleh orang yang bertandang ke situ. huhuh... mandi pun macam mandi P.Ramlee.. hahaha..(malu nyer..) tapi tak pe...aku kan dah mandi mlm tadi sebelum gerak. so wangi lagi lah kan... hahaha..

Semasa didalam perjalanan, aku tanya mak, "mak kalau lah adik mase kapel lagi dengan dia dan ajak dia join sekali trip nie mak bagi tak???" Dengan selamba nyae aku tanye tanpa segan silu. hahahaha.. mak pun jawab, "erm mak pun tak tau lah dik.. rase nye tak boleh kot...belum masa nya lagi dik untuk tu sumer...." aku dengan muka orang takde perasaan buat muka selamba jerk.. tapi tak tau dalam hati aku.. hahaha.. erm kalau aku pun, aku rasa akan cakap benda yang sama macam mak cakap tu.. huhuhu...

semalam masa aku tengah tidur, ada jerk yang kacau. dia call aku 19 kali. wah..!!! tak pernah2 tau... aku pun dengan malas nya jawab panggilan nya yang ke 19.. hahaha...(padan muke kau..!!!) dialog aku dengan dia rasa nya dalam 2 minit kot... "ada per...?????", dia jawab :takde pape lah... saja jerk.. rindu lah..." hahahahah...geli ketiak kau dengar die cakap camtu. rindu ke dia kat aku...?? whatever...!!!

# so time up..!!! continue the trip..!! let's go mr. Minhad.. yehaaaaa...!!! i will continue the next activities...

Jul 2, 2010

Kembara Mahkota Johor...

Saat terindah yang pernah aku lalui pada 20 Jun 2010.. Kedatangan Sultan Johor amat mengembirakan... Aku dapat bersalaman dan bermesra dengan beliau setiba nya beliau di bandar Renggam ini.. Dan tidak ku sangka begitu ramai sekali penduduk kampung yang datang memeriahkan lagi kedatangan Sultan.



# Baginda Sultan...Ampun Tuanku...



# Sultanah Johor..



# Tuanku Mahkota Johor..

Malam pula ada konsert XPDC...huhhh...!! Memang happening lah mase tu... Renggam tak pernah semeriah tu... Bukan setakat orang Renggam je, orang Simpang Renggam, Kluang pun ad sekali... Itu yang rasa Renggam ni dah mula orang kenal.. hahahha...

ok lah.. itu je idea yang aku ada untuk update blog aku nie... Idea lain akan menyusul kemudian..hahaha...

Chowww...!!!! Salam 1Malaysian..

Rindu Padamu