May 30, 2010

cerita pasal sakit...

aku dah 4 ari jadi camni.. ermmm... selsema+batok.. nak makan ubat malaz.. tau mesti takde effect pun.. hehehe..(takot makan ubat cakap je lah). tambah pulak dengan perasan aku yang tak tentu arah nie... aku pun tak tau nape...?? memikirkan sesuatu yang tak pasti ke??? tu lah susah nya kalau suke sangat simpan dan pendam kan perasaan. kenapa aku mesti inagat hal tu... benda tu dah tak pape lagi dalam hidup aku. mungkin ALLAH saja nak menguji tahap kesabaran aku. diberi NYA pelbagai rintangan.

cite balik bab demam+selsema+batok.. aku tak suka kalau aku demam. nanti aku akan jadi seorang yang mengade-ngade.. hahaha.. macam-macam nanti aku nak. penah sekali aku nak makan durian. kalau durian biasatak pe.. ni durian kampung. kampung pun nak kat muar. tapi still tak dapat juga. macam orang apa je aku nie. macam orang mengidam.. huhuh.. sedih rasa nya sebab tak dapat makan durian tu. mak kata durian sekarang ni dah tak bagus macam dulu. kalau makan pun sikit-sikit je. kalau banyak-banyak nanti ada yang lagi teruk demamnya. malah makin menjadi-jadi.

kejadian tu pernah juga terjadi pada aku. satu badan kene gatal-gatal. demam lagi, batok, selsema. huh.....! sampai kene jumpa dengan pak Bakar, iaitu orang yang memang teror bab-bab nie. nasib masa tu aku budak lagi. so macam tak kesah sangat lau dia nak kene ubat cara yang....jeng3...!!! hehe malu lah nak cakap. tapi tak pe lah. aku pun kecil lagi masa tu. rasanya baru darjah 2 ke 3.. hahaha... aku pun dah lupe. tapi alhamdulillah, aku beransur pulih. suka-suka.

pernah juga aku mengalami kecederaan yang agak teruk juga lah. masa tu aku ikut abah pergi ke kedai beli surat khabar. macam budak kecil kan nak ikut-ikut. memang aku kecik lagi pun. hehehe... masa dalam perjalanan nak ke kedai tu, kaki aku pulak termasuh dalam rantai motor. peh...!!! tanpa segan silu nya aku masa, aku terus meraung kesakitan. menjerit meronta-ronta. abah pulak dah panik waktu tu. dah tak tau nak buat apa. dalam masa 20 minit abah cuba mengeluarkan kaki aku. motor di tolak ke depan dan ke belakang. aku menangis sekuat-kuat nya. akhir nya abah dapat idea dan terus mencabut, merentap, me.. ape lagi lah.. hahaha.. mengeluarkan kaki aku dari situ. keluar nya kaki aku berlimpahan darah telah mengalir waktu tu. abah pun terus bawa aku balik. sampai di rumah mak tanya, "kenape ni bang??? macam mana leh jadi macam ni???" abah kate, "kaki adik termasuk dalam rantai motor.." mak terus ambil kapur dan letak kan dekat kaki aku yang luka tu.. luka ni mengambil masa 2 minggu nak pulih. selepas pulih, sakit tak de lagi. yang tinggal parut di kaki. sampai sekarang parut tu ada lagi. abah kate, tu parut budak nakal dan degil. hahaha...

# pepatah aku: harimau mati meninggal kan belang, manusia luka meninggal kan parut...hahahaha

May 29, 2010

selepas itu....

hari ni agak panas ea.. cuaca yang panas macam ni boleh membuatkan diri kita tak tentu arah. sentiasa mencari tempat untuk menyejukkan badan... aku sudah pasti mengambil kesempatan ini dengan menghidupkan aircond kat bilik aku... wah..!!! terasa nyaman sekali. hehehe.. tengah hari tadi satu kejadian yang boleh sesiapa sahaja marah atau naik angin. kejadian tu berlaku diantara aku, abah, dan mak... (pak cik caltex pun leh lah msok kan jugak..hehehe..). memang nasib aku ari ni kene pegi isi minyak dengan keadaan yang kurang menyenangkan..

abah telefon aku suruh turun bawah dan bawa bekas yang selalu di isi minyak petrol. aku dengan sempoi nya turun seperti mana yang abah suruh. setiba nye aku di tempat itu, abah dengan muke yang agak serius dan di tambah pula muka mak yang masam mencuka(hehehehe), suruh aku pegi caltex isi minyak dalm bekas tadi. sampai di caltex aku mintak tolong pakcik caltex tu isi kan. selame aku dapat lesen dan setiap kali nak isi minyak, aku xpenah isi sendiri. tak reti lah. takot salah isi nanti kan susah. dan ape gune pakcik-pakcik, akak dan abang-abang yang keje kat situ lau tak boleh tolong aku isi kan minyak.. pakcik caltex tu sungguh peramah. aku selalu juga berbual dengan nya sementara menunggu minyak siap diisi....

setelah siap isi minyak. aku bergegas pegi ke tempat abah dan mak aku tunggu tadi. tanpa buang masa, abah terus mengisi minyak ke dalam tangki minyak mote EX5 angah aku tu. (kurang asam punye angah, moto xde minyak pon xnak isi...) selepas siap isi, abah dan mak terus menuju ke destinasi yang dituju iaitu rumah pengantin di kampung melayu renggam. aku pun dengan segan nye terus pulang ke rumah. nasib baik orang tak perasan keadaan aku yang tak menyenangkan itu...hahaha...(ketawe sendiri x berhenti..) sampai rumah, aku terus menyambung kerja ku m'upload' gambar kat facebook...

pagi-pagi buta n pengalaman amik lesen..

Pagi ni aku bangun awal... hahaha.. sebab nye abah suruh aku jemur kain. walaupun mengantok lagi, tp aku still kuat kan diri untuk bangun buat apa yang abah suruh. lepas tgk kain dalam mesin, pehhh...!!! byk nye. ermmm jemur je lah. nanti tak kering plak. lepas siap jemur kain, aku ingat nak sambung tido. hahaha... teruk kan aku. tapi tak boleh plak nk sambung tido. so aku juz lepak-lepak je lah kat atas katil. perut lapar, tapi malaz nak bangun pegi dapur makan.

# 30 minit kemudian..

abah pun balik dari hantar abg aku pegi driving school. balik-balik jerk mintak tolong aku ngn abg yang lagi sorang untuk tolong die basuh kapet. huh...!!! kapet????erm aku tolong angkat je lah.. haha...erm pastu aku dikejutkan dengan panggilan dari opis amak aku. mak mintak no lesen abg aku yang kene saman tu.. cakap pasal saman, selama aku dah dapat lesen ni, aku x penah lagi kene saman. abg aku dah 2 kali kene... huhu... kira aku ni lagi teror lah dari die... hahahaha... (berlagak pulak..kene nanti baru tau).

cakap pasal lesen, aku teringat mase aku ngn member aku 'aqmar' pegi amik lesen. memang mula-mula tu takot. lepas dah belajar, takot tu dah tak de dah. gian nak bawak ada lah. dah tiap-tiap petang pujuk abah aku nak bawak kete. hehehe... mula-mula abah wat tak layan jerk. tapi sebab aku dah nak sangat-sangat bawak, abah ajarkan juga lah. wow..!! best tu bawak kete. lagi2 kete abah yang lama tu..(KE20). memang best lah. aku tiba-tiba teringat satu hal, masa ujian kumputer lesen tu, aku lulus. kawan aku aqmar yang tak lulus. masa ujian jpj kete, aku pulak xlulus bahagian bukit. kawan aku tu lulus. mase jpj moto aku lulus die pulak tak lulus. cuba lah bayang kan. selang seli aku dengan die tak lulus tau. hahahaha... cm dah rancang jerk. pape pon pengalaman lah semua tu. agak nya aku ter'over' confident yang aku leh lepas mase tu. (amik kau...!!!) nak tau aqmar yang mana...jap ea..


# ni lah die..cantik kan...??



May 28, 2010

kian lama menyepi...

sekian lama aku menyepi, agak kekok juga aku nk menulis.tergerak hati ni nk menulis hari ni. hari yang penuh membosankan... ari ni aku wat hal aku jerk kat dalam bilik.aku tak keluar langsung dari rumah. kebiasaannya aku akan keluar dan pergi kerumah kawan karib aku 'idura'. ni kat sebelah ni gambarnye.. rasa rindu hati ni nak jumpa die.tapi kalau aku sendiri yang malas nk keluar, macam mana nk jumpe dia.rindu untuk bersama nya. jika bertemu, kami akan sentiasa menceritakan apa yang terjadi selama kami tidak berjumpa.maca yang di ceritakan. bak kata orang sekeliling sekarang ni, 'gosip'.hahahaha...kitorang bergosip..?huhuh...ye ker??ada bukti ke??

#5 minit kemudian...

erm terbantut pulak aku nak tulis...abg aku ni kacau tol lah...sambung balik cite td...bukti kitorang mengumpat??? hahaha...xde kan...kan...kan...? so janagn nak memandai-mandai kate kitorang mengumpat... selalu nya kitorang akan jumpe kul 5 sampai 6.45...bajet tau masa..so nanti xde lah terlajak sampai ke magrib.. tol x??? selalu nye ahli jemaah kitorang seramai 6 orang. tp sekarang ni hanya tinggal 4 sahaje. yang sorang ni tukar angin dan bawak diri ke johor bahru...huhh..keje kilang kat sane... aku dengar cite dah nk kawen dah...uihhh...!!! biar betol..tak ku sangka, laku jugak minah nie.. hahaha... nak tau sape die.... sebentar ea... ni die...


yang sorang lagi, tak tahu mana menghilang.. ish3.. kenape boleh berpisah dengan dia... dia adalah salah seorang kawan aku yanag paling rapat.. satu sekolah, satu taman. kadang-kadang tu selalu tido same2... tapi tak tahu lah kenapa die tiba-tiba menghilang... ada juga aku cuba cari. tp tak dapat... mungkin dia malu agak nya dengan kitorang... terpulang lah pada die untuk buat keputusan...


#puas mencari, tapi tidak jumpa...

* nanti sambung lagi...


Rindu Padamu