Jun 23, 2010

Apabila aku bosan...!!!

Apabila aku bosan aku akan tidur atau tengok televisyen... kalau tak pun aku akan makan... (macam mana lah x naik badan...) hehhehehe.. Tapi malam ini aku tak nak buat semua itu.. Lama aku berfikir untuk menghilangkan rasa bosan aku malam ini... Selepas tengok cerita 'Si Capik' tadi, aku bagai dipanggil untuk menyolek kan diri aku sendiri.. Aku rsa sebab aku baru beli tudung baru tadi dan mungkin tidak sabar untuk memakai nya...

Aku pun terus masuk ke dalam billik dan kunci bilik aku supaya sesiapa sahaja tidak dapat masuk dan mengganggu aku... hehehehe...(jahat..!!) Dan ini lah tudung yang aku beli di Butik Pesona Trisya Simpang Renggam.. huhuhu..



Ermmm, harga tudung ini RM10 sahaja.. huhu.. banyak lagi jenis tudung dan corak tudung yang cantik-cantik di butik ini... (promote tau...heheh)

Ini pula antara alat make up yang aku ada.. tak lah banyak sangat macam make up artis punya.. heheeh..



# 'SLIKYGIRL' Silky White 2-Way Foudation-03 Medium, Blush Hour-03 Flashing Rose, Silky white-Magic face Powder, Precision Liquid Eyeliner-waterproof,
# 'Avon' True Colour-Eyeshadow Quad-Q708 Purple Haze Quad, Silver Lipstick V2..


Hampir semua alat make up aku semua nya dari SILKYGIRL sebab sesuai dengan muka aku.. aku puas hati dengan barangan SILKYGIRL..

Dan ini adalah hasil solekan sendiri... hahaha...



Posing dengan kot taw.. cewaaahhh...!!! Bakal CEO taw...ehehehe...
AMIN.. InsyaALLAH...

# Dengan 'SILKYGIRL', diri ku begitu Berharga... heheheh.. tq SILKYGIRL..

Jun 20, 2010

Penat+seronok+gembira..

Hari yang amat memenatkan... hehehe.. Semalam selesai sudah kenduri untuk menyambut Bulan Ramadhan. (walau pun aku tau lama lagi..hehehe) Tapi memang memenatkan. Seharian menguruskan rumah dan juga melayan anak sedara yang lincah dan ligat. hahaha.. Seorang kanak-kanak yang berumur 1 tahun 3 bulan.. Dan diberi nama "ADAM HARITH".. Dan ini gambar nya..



Anak kepada along aku Aiidill.. Walau pun baru berumur 1 tahun lebih, otak nya sudah giat berfikir dan semakin bijak untuk membuat sesuatu.. hahahah.. (budak-budak zaman sekarang memang macam itu) .. Dia dah tahu bagaimana untuk merajuk, memanjat, menjerit, menyanyi (walau pun xjelas sebutan) hahaha, dan banyak lagi.. Mak kata kalau budak macam ini dah pandai merajuk, tanda nya dia akan mendapat adik tidak lama lagi..

Kata orang tua-tua selalu nya betul. Kami di kejutkan berita yang mengembirakan semua ahli keluarga apabila kakak ipar aku memberitahu yang dia telah berbadan dua. wahhh...!!! Adam nak dapat adik lah... Jadi memang betul lah kata mak tentang rajukan Adam itu... hahaha... Dan aku bakal dapat anak sedara lagi satu. Makin riuh lah rumah aku lepas ini... Mak dan Abah seronok apabila tahu berita ini. Mereka berdua dah rancang sesuatu untuk cucu keduanya itu... Apalah agaknya ia...??? Tunggu dan lihat sahaja...hehehehe..

Berbalik kepada cerita kenduri tadi, ramai yang bertandang kerumah iaitu, orang-orang kampung, rakan handai, dan saudara mara.. Bercerita tentang saudara mara, saudara yang akan sentiasa bersama kami sekeluarga dan tidak pernah ketinggalan untuk bertandang rumah walau pun tidak ada kenduri atau pun acara apa-apa pun ialah Encik Lukman dan Puan Fadilah a.k.a Cik lukman n Mak Ella.. Saudara yang paling rapat dengan kami..huhuhu.. Ini lah gambar mereka sekeluarga..



Dari kiri (Syafiq, Hamidi, Mak Ella, Adik Nadia, Cik Lukman, Arrif)
Depan ( Iqbal, Adik Haikal, Kak Echa)

# Fiqa sayang semuanya... hehehe...

Jun 15, 2010

FARID KAMIL..

Terlalu meminati beliau sehingga aku sanggup mencari seberapa banyak gambar beliau..Antara gambar yang ada ialah....



# Hensem nya dia...



# Gambar yang aku rasa paling comel...hehehe



# Dia cium kat aku ke...??(hahahaha..perasan betol lah..)



# Suka gambar ini..



# so sweet..



# Selamat Hari Raya... Baju pun ada yang sama juga.. hehehe



# Santai sahaja...


Kalau lah diberi peluang untuk berjumpa dengan beliau, alang kah beruntung nya diriku ini.. Tak kan aku lepas kan peluang yang ada. Aku akan guna kan sebaik yang boleh.. Pernah juga termimpi... hahaha..(teruk betol..anak dara siapa lah ni..) Harap-harap mimpi jadi kenyataan..

Untuk FARID KAMIL, saya amat berbangga dengan kejayaan awak..

Jun 14, 2010

perjalanan ke kL..

perjalanan agak penat juga kerana dalam kereta aku asyik tidur je. hahaha.. penat tidur, bukan penat memandu.. hehehe.. masa itu hujan turun dengan lebatnya. agak berhati-hati juga lah uda memandu. meter hanya naik sampai 60 sahaja.. agak kelakar ia bila uda memandu dengan had laju sebegitu. biasa nya dia akan memecut sehingga 130km/j.. kali ini tidak atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. hahaha..abah pula sentiasa berada dibelakang untuk memastikah uda memandu mnegikut keadaan yang sesuai. beberapa kali abah mengingatkan uda supaya berhati0hati ketika memandu. uda dengan rela hati nya mematuhi pesanan abah. abah seorang pemandu yang betol-betol beretika. seumur hidup nya, tidak pernah sekali pun kena saman. beliau memandu mengikut ketetapan had laju yang ditetapkan. aku cukup kagum dengan abah. tapi aku sendiri serta anak nya yang lain tidak dapat nak ikut jejak langkah abah ketika memandu.



kira-kira jam 11:30 tiba di destinasi yang dituju. agak penat ia perjalanan kali ini.

# sampai terus tengok bola..haha

Jun 3, 2010

saje2..

hari ni aku saje-saje je nak tulis.. sebab nye aku boring dok kat umah.. nak keluar tapi malaz.. huhuhu.. aku nak tanye pendapat sape-sape jerk yang bace ni, ape pendapat korang lau hak korang dah di rampas..?? huhuhu.. (agak seram bunyi nye...) just nak tau dan nak bandingkan pendapat korang dengan pendapat aku. boleh ke kita orang perempuan bagi kepercayaan dengan kata-kata orang lelaki...???? untuk lelaki pulak, boleh ke korang yang lelaki ni dipercayai...???

mungkin tak semue seperti ape yang aku sangka kan. tapi kalau di fikir-fikirkan, kebanyakkan nye semua macam tu kan.. so aku rase takde ape yang nak dihairankan.

aku rase pun tu semua hanya godaan perasaan.. saje jerk nak buat aku tertanya-tanya.. hahahha... lantak lah.. aku malas nak pikir-pikir lagi. biar lah berlalu pergi... usah di kenangkan lagi.. jika dikenangkan, merana lah hati... (ceeeewwwwaaaahhh...!!!). erm layan jerk...hhuhuh...



# berfikir sejenak..

Rindu Padamu