Nov 8, 2010

teringat kisah lama...

Saat aku memikirkan kegembiraan, aku terasa jiwa aku kosong kerana aku sentiasa memikirkan tentang masa lalu aku. Aku sedar, kini aku telah berumur 19 tahun, dan dah terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Tetapi mengapa aku tidak boleh mangubahnya kepada kebaikan. Hati ini teringin sekali untuk menjadi seorang yang penuh kaimanan di dada nya. Tetapi aku, aku kurang itu semua. Mak dengan abah aku telah beri aku didikan agama yang secukupnya, malahan aku juga seorang graduan darjah khas sekolah agama dahulu. Tetapi kenapa aku tidak mempraktikan apa yang telah diajar dulu kepada aku.

Aku terlalu mengejar dunia dan lupakan akhirat. Padahal, akhirat lebih penting daripada duniawi. Aku telalu mengejar kebebasan, kehartaan, kepuasan dan sebagainya. Masa muda ku hanyut dengan semua itu. Apa yang aku mahu pasti aku akan cuba untuk mengetahuinya. Tanpa memikirkan akibatnya kelak. Kini ternyata apa yang aku miliki semua itu dulu, sedikit demi sediki ianya hilang entah kemana. Ya.. mungkin ini lah yang dikata dunia ini hanya sementara. Dan semua yang kita miliki adalah hak kepunyaan YANG MAHA PENCIPTA.

Aku terlalu bebas untuk membuat keputusan. Tetapi setiap keputusan aku itu, bukan keputusan yang terbaik. Aku tidak berani untuk menanggung kesusahan, padahal, kesusahan itu lah mungkin membawa kebahagiaan untuk diri aku di masa akan datang.
Kenangan hanya tinggal kenangan. Mungkin itu sahaja yang patut aku ucapkan kepada masa lalu aku. Ada yang suka dan ada yang duka. Jika dulu aku memilih untuk senang dikemudian hari, aku akan dapat kesenangan itu sekarang dan mungkin masa akan datang. Tetapi dulu aku terlalu memikirkan kesenangan berbanding dengan kesusahan. Kesusahan sepatutnya aku fikirkan dulu, baru lah kesenangan. Ini tidak. Aku terlalu ikutkan perasaan aku sangat.. Mungkin benar apa orang kata, darah orang muda untuk mengecapi kebebasan sangat lah luas. Sangat lah tebal keinginannya. Kini aku menyedari erti kehidupan yang sebenarnya.

YA ALLAH, aku berlindung kepadaMU dan memohon ampun kepadaMU.. Berilah aku kekuatan untuk aku mengubah diri aku untuk kejalan yang ENGKAU redhai… KAU berilah petunjuk kepadaku YA ALLAH… sesungguhnya ENGKAU YANG MAHA PENGAMPUN lagi MAHA MENGASIHANI hambaMU…

Rindu Padamu