Jan 29, 2010

SEPI

keluar ke hutan
kemudian teriak ku
ku lari ke pantai
kemudian menyanyiku
sepi..sepi sendiri aku benci
aku mahu gembira
aku mahu bebas
bosan aku dengan penat
dan pergi sahaja kau pekat
seperti bercelaga jika ku sendiri
pecahkan sahaja gelas itu
biar ramai
biar ramai sampai gaduh
ada malaikat menjulang jaring labah-labah
belang di tembok
kelihatan putih
kenapa tidak goyang kan sahaja
loceng nya
biar terdera
atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai...

Jan 28, 2010

SATU

di dunia
aku ingin bersama-sama nya
ketika tunas ini tunggu
seperti tubuh yang melakar
setiap nafaz yang tertentu
adalah kata angan dan emosi
bersatu dalam kelompok yang berpautan
tangan kita terikat
indah kita bersatu
maka setiap apa yang terucap
adalah kata dari hati
di luar pasir
di luar debu
hanya angin yang meniup
lalu terbang merata
tapi bila kita menari
menari cuma kita sahaja yang tahu
jiwa ini tenang
maka duduk sahaja
kita akan tetap bersama
KERANA KITA ADALAH SATU...

welcome...

assalamualaikum...hari pertama mencatitkan sesuatu di blog nie...alhamdulillah...kepada teman2 sekalian,harpn aku agar korg sume sudi nk bce blog aku nie...

Rindu Padamu