Dec 7, 2010

cinta sufi..

Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. sebaik sahaja terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin bertemu dan mencari "lelaki bertanduk dua".

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam, Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

# Sebuah lagi karya Ramlee Awang Murshid. kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi dengan aksi pengembaraan dan pertempuran antara kebaikan dan kelabihan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.



* Kepada semua yang sudi membaca blog aku ni, dapatkan novel 'Cinta Sufi' dan hayati dengan penuh perasaan kerana ianya akan membuat anda semua seperti berada di situasi yang sama..

No comments:

Post a Comment

Rindu Padamu