Dec 31, 2010

Kemenangan MALAYSIA..

Akhir nya masa yang ditunggu telah tiba. Dan segala jangkaan atau tekaan telah terjawab. Ternyata negara kita mampu mencapai kejayaan yang telah lama diimpikan sebelum ini. Kemunculan Skuad negara kita kali ini telah bangkit untuk menebus malu apabila di peringkat kumpulan AFF PIALA SUZUKI 2010 menentang pasukan yang sama iaitu INDONESIA dengan mata 1-5. Tahniah juga buat MOHD SAFEE SALI, NORSHARUL IDLAN TALAHA, MOHD ASHARUDIN, KHARUL FAHMI CHE MAT, KUNALAN, MUSLIM dan MOHD SAFIQ RAHIM kerana mereka adalah pemain-pemain yang telah menunjukkan kehebatan mereka menetang VIETNAM DAN INDONESIA. Kini MALAYSIA adalah JUARA BARU AFF PIALA SUZUKI 2010. Tahniah buat pasukan bola sepak MALAYSIA. Begitu bersungguh-sungguh semasa perlawanan. Jurulatih MALAYSIA, K. RAJAGOBAL menjerit keriangan dan berbangga dengan anak buah nya. pencapaian kali ini amat mengembirakan kerana skuad negara bermati-matian menentang pihak lawan... TAHNIAH sekali lagi buat MALAYSIA...MALAYSIA BOLEHHHHHH......!!!!



* Barisan Skuad Bola Sepak Negara..




* Aksi selepas menjaringkan gol. SAFEE SALI, KUNALAN dan AMIRUL



* Penjaga Gol MALAYSIA, KHAIRUL FAHMI CHE MAT...



* K. RAJAGOBAL menerima piala AFF SUZUKI 2010..



* Kemenangan MALAYSIA, kegembiraan MALAYSIA, kecemerlangan MALAYSIA, kesungguhan MALAYSIA...

No comments:

Post a Comment

Rindu Padamu