May 29, 2010

selepas itu....

hari ni agak panas ea.. cuaca yang panas macam ni boleh membuatkan diri kita tak tentu arah. sentiasa mencari tempat untuk menyejukkan badan... aku sudah pasti mengambil kesempatan ini dengan menghidupkan aircond kat bilik aku... wah..!!! terasa nyaman sekali. hehehe.. tengah hari tadi satu kejadian yang boleh sesiapa sahaja marah atau naik angin. kejadian tu berlaku diantara aku, abah, dan mak... (pak cik caltex pun leh lah msok kan jugak..hehehe..). memang nasib aku ari ni kene pegi isi minyak dengan keadaan yang kurang menyenangkan..

abah telefon aku suruh turun bawah dan bawa bekas yang selalu di isi minyak petrol. aku dengan sempoi nya turun seperti mana yang abah suruh. setiba nye aku di tempat itu, abah dengan muke yang agak serius dan di tambah pula muka mak yang masam mencuka(hehehehe), suruh aku pegi caltex isi minyak dalm bekas tadi. sampai di caltex aku mintak tolong pakcik caltex tu isi kan. selame aku dapat lesen dan setiap kali nak isi minyak, aku xpenah isi sendiri. tak reti lah. takot salah isi nanti kan susah. dan ape gune pakcik-pakcik, akak dan abang-abang yang keje kat situ lau tak boleh tolong aku isi kan minyak.. pakcik caltex tu sungguh peramah. aku selalu juga berbual dengan nya sementara menunggu minyak siap diisi....

setelah siap isi minyak. aku bergegas pegi ke tempat abah dan mak aku tunggu tadi. tanpa buang masa, abah terus mengisi minyak ke dalam tangki minyak mote EX5 angah aku tu. (kurang asam punye angah, moto xde minyak pon xnak isi...) selepas siap isi, abah dan mak terus menuju ke destinasi yang dituju iaitu rumah pengantin di kampung melayu renggam. aku pun dengan segan nye terus pulang ke rumah. nasib baik orang tak perasan keadaan aku yang tak menyenangkan itu...hahaha...(ketawe sendiri x berhenti..) sampai rumah, aku terus menyambung kerja ku m'upload' gambar kat facebook...

No comments:

Post a Comment

Rindu Padamu