May 30, 2010

cerita pasal sakit...

aku dah 4 ari jadi camni.. ermmm... selsema+batok.. nak makan ubat malaz.. tau mesti takde effect pun.. hehehe..(takot makan ubat cakap je lah). tambah pulak dengan perasan aku yang tak tentu arah nie... aku pun tak tau nape...?? memikirkan sesuatu yang tak pasti ke??? tu lah susah nya kalau suke sangat simpan dan pendam kan perasaan. kenapa aku mesti inagat hal tu... benda tu dah tak pape lagi dalam hidup aku. mungkin ALLAH saja nak menguji tahap kesabaran aku. diberi NYA pelbagai rintangan.

cite balik bab demam+selsema+batok.. aku tak suka kalau aku demam. nanti aku akan jadi seorang yang mengade-ngade.. hahaha.. macam-macam nanti aku nak. penah sekali aku nak makan durian. kalau durian biasatak pe.. ni durian kampung. kampung pun nak kat muar. tapi still tak dapat juga. macam orang apa je aku nie. macam orang mengidam.. huhuh.. sedih rasa nya sebab tak dapat makan durian tu. mak kata durian sekarang ni dah tak bagus macam dulu. kalau makan pun sikit-sikit je. kalau banyak-banyak nanti ada yang lagi teruk demamnya. malah makin menjadi-jadi.

kejadian tu pernah juga terjadi pada aku. satu badan kene gatal-gatal. demam lagi, batok, selsema. huh.....! sampai kene jumpa dengan pak Bakar, iaitu orang yang memang teror bab-bab nie. nasib masa tu aku budak lagi. so macam tak kesah sangat lau dia nak kene ubat cara yang....jeng3...!!! hehe malu lah nak cakap. tapi tak pe lah. aku pun kecil lagi masa tu. rasanya baru darjah 2 ke 3.. hahaha... aku pun dah lupe. tapi alhamdulillah, aku beransur pulih. suka-suka.

pernah juga aku mengalami kecederaan yang agak teruk juga lah. masa tu aku ikut abah pergi ke kedai beli surat khabar. macam budak kecil kan nak ikut-ikut. memang aku kecik lagi pun. hehehe... masa dalam perjalanan nak ke kedai tu, kaki aku pulak termasuh dalam rantai motor. peh...!!! tanpa segan silu nya aku masa, aku terus meraung kesakitan. menjerit meronta-ronta. abah pulak dah panik waktu tu. dah tak tau nak buat apa. dalam masa 20 minit abah cuba mengeluarkan kaki aku. motor di tolak ke depan dan ke belakang. aku menangis sekuat-kuat nya. akhir nya abah dapat idea dan terus mencabut, merentap, me.. ape lagi lah.. hahaha.. mengeluarkan kaki aku dari situ. keluar nya kaki aku berlimpahan darah telah mengalir waktu tu. abah pun terus bawa aku balik. sampai di rumah mak tanya, "kenape ni bang??? macam mana leh jadi macam ni???" abah kate, "kaki adik termasuk dalam rantai motor.." mak terus ambil kapur dan letak kan dekat kaki aku yang luka tu.. luka ni mengambil masa 2 minggu nak pulih. selepas pulih, sakit tak de lagi. yang tinggal parut di kaki. sampai sekarang parut tu ada lagi. abah kate, tu parut budak nakal dan degil. hahaha...

# pepatah aku: harimau mati meninggal kan belang, manusia luka meninggal kan parut...hahahaha

No comments:

Post a Comment

Rindu Padamu