Jun 20, 2010

Penat+seronok+gembira..

Hari yang amat memenatkan... hehehe.. Semalam selesai sudah kenduri untuk menyambut Bulan Ramadhan. (walau pun aku tau lama lagi..hehehe) Tapi memang memenatkan. Seharian menguruskan rumah dan juga melayan anak sedara yang lincah dan ligat. hahaha.. Seorang kanak-kanak yang berumur 1 tahun 3 bulan.. Dan diberi nama "ADAM HARITH".. Dan ini gambar nya..



Anak kepada along aku Aiidill.. Walau pun baru berumur 1 tahun lebih, otak nya sudah giat berfikir dan semakin bijak untuk membuat sesuatu.. hahahah.. (budak-budak zaman sekarang memang macam itu) .. Dia dah tahu bagaimana untuk merajuk, memanjat, menjerit, menyanyi (walau pun xjelas sebutan) hahaha, dan banyak lagi.. Mak kata kalau budak macam ini dah pandai merajuk, tanda nya dia akan mendapat adik tidak lama lagi..

Kata orang tua-tua selalu nya betul. Kami di kejutkan berita yang mengembirakan semua ahli keluarga apabila kakak ipar aku memberitahu yang dia telah berbadan dua. wahhh...!!! Adam nak dapat adik lah... Jadi memang betul lah kata mak tentang rajukan Adam itu... hahaha... Dan aku bakal dapat anak sedara lagi satu. Makin riuh lah rumah aku lepas ini... Mak dan Abah seronok apabila tahu berita ini. Mereka berdua dah rancang sesuatu untuk cucu keduanya itu... Apalah agaknya ia...??? Tunggu dan lihat sahaja...hehehehe..

Berbalik kepada cerita kenduri tadi, ramai yang bertandang kerumah iaitu, orang-orang kampung, rakan handai, dan saudara mara.. Bercerita tentang saudara mara, saudara yang akan sentiasa bersama kami sekeluarga dan tidak pernah ketinggalan untuk bertandang rumah walau pun tidak ada kenduri atau pun acara apa-apa pun ialah Encik Lukman dan Puan Fadilah a.k.a Cik lukman n Mak Ella.. Saudara yang paling rapat dengan kami..huhuhu.. Ini lah gambar mereka sekeluarga..



Dari kiri (Syafiq, Hamidi, Mak Ella, Adik Nadia, Cik Lukman, Arrif)
Depan ( Iqbal, Adik Haikal, Kak Echa)

# Fiqa sayang semuanya... hehehe...

No comments:

Post a Comment

Rindu Padamu