Jun 14, 2010

perjalanan ke kL..

perjalanan agak penat juga kerana dalam kereta aku asyik tidur je. hahaha.. penat tidur, bukan penat memandu.. hehehe.. masa itu hujan turun dengan lebatnya. agak berhati-hati juga lah uda memandu. meter hanya naik sampai 60 sahaja.. agak kelakar ia bila uda memandu dengan had laju sebegitu. biasa nya dia akan memecut sehingga 130km/j.. kali ini tidak atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. hahaha..abah pula sentiasa berada dibelakang untuk memastikah uda memandu mnegikut keadaan yang sesuai. beberapa kali abah mengingatkan uda supaya berhati0hati ketika memandu. uda dengan rela hati nya mematuhi pesanan abah. abah seorang pemandu yang betol-betol beretika. seumur hidup nya, tidak pernah sekali pun kena saman. beliau memandu mengikut ketetapan had laju yang ditetapkan. aku cukup kagum dengan abah. tapi aku sendiri serta anak nya yang lain tidak dapat nak ikut jejak langkah abah ketika memandu.



kira-kira jam 11:30 tiba di destinasi yang dituju. agak penat ia perjalanan kali ini.

# sampai terus tengok bola..haha

No comments:

Post a Comment

Rindu Padamu